"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, January 16, 2014

'Dating' dengan 2 pakwe!

Assalamualaikum...

I would like to announce ....
"YABEDABEDOOO!!! FARAH DAH HABIS PANTANG!!!" Jom langkah panjang!! ;D

Cukup tempoh hari ke-45 selepas bersalin, habis berpantang dalam kepala macam-macam tempat Farah nak pergi. Tapi untuk berjimba-jimba, Farah decide nak berdating dengan pakwe.. bukan seorang pakwe. Tapi dating dengan 2 pakwe!!  Kata dah slim dengan SET BERSALIN SHAKLEE kan... ;) Apa salahnya?Bolehlah bergaya sakan dan ber'dating' dengan 2 pakwe sekali gus. Dasyat kan...:P

Gambar dari www.publika.com.my. 
Siapa pakwe tu ek? Pakwe 1 namanya Mohd Farez Mohd Radzi. Pakwe 2 namanya Aqil Imaan Mohd Farez. Itu lah suami dan my baby boy Aqil  Imaan. Haih, mana boleh Aqil tinggal..nak nenen macam mana? Kakak-kakak Aqil; Alya & Amal kena tinggal di rumah Tok Wan di Segambut SPPK. So rilex sikit nak berjalan, tak perlu main "Police and thief want to jaga...police mati pencuri jaga." dengan Alya dan Amal.

Nak share cerita kami berdating di Publika yang terletak di Solaris Dutamas. 5 minit sahaja dari rumah mertuaku di Segambut SPPK. Tujuan posting ni bukan nak heboh pasal kami berdating. Tapi I suka nak share serba-sedikit apa yang menarik di Publika ni.

Senang ke cari parking?

Ok bab parking memang kami tak worry sebab sistem yang dipakai ada detection sensor, so called "Smart Parking System". Ada indicator yang inform visitor parking lot mana yang vacant, dan mana yang dah full. So ikut je lah anak panah kat display board.

Potong! Jangan Tak Potong!

The Potong
Yang menarik di tingkat UG, adalah kiosk Ais Krim Potong moden! Haha...  The real name is The Potong. I sorang je beli. Kes orang habis berpantang dah lama tak pekena icecream kan! Macam-macam flavor yang moden-moden ada. Antara flovor yang ada:

  • Watermelon Fizz (Watermelon + Lemonade + Apple Mint) = RM5
  • Nutty Choc (Nutella + Fresh Coconut) = RM5
  • Cherry Root Beer (A&W Classic Root Beer +Vanilla Cream + Maraschino Cherry) = RM5
  • Rosy Mango (Mango + Grapefruit + Rose Water) = RM5
  • Musang King (Durian + Fresh Coconut Milk) = RM7
  • Coconut Water (Fresh Coconut Water + Coconut Milk + Coconut Flesh + Salt Falkes) = RM7
  • Cempedak (Cempedak + Fresh Coconut Milk) = RM7

I beli Watermelon Fizz flavor, harga RM5 each. Rasa boleh tahan la, macam rasa tembikai bersoda. Tapi husband rasa tak berapa sedap. Hmmm bila I nak masuk kedai baju, I minta tolong dia pegangkan aiskrim tu and tunggu kat luar. Bila I keluar je kedai, I tengok aiskrim dah nak habis!! Ceh..tak sedap konon.... tapi tinggal batang je.

Info:
The Potong Kiosk, UG Floor Publika.
https://www.facebook.com/ThePotong
+6016-682 2221


Main lampu JOM.

Publika sinonim dengan jualan-jualan barangan creative. Tengok sekeliling sahaja, kita dapat lihat ada kelainan dari segi sculptures design yang sangat aritistik dan unik. Sedang we all berjalan, ternampak satu kotak hitam di tengah-tengah Boulevard Publika yang tertulis Infinity. Terdapat satu lorong untuk kita masuk ke dalam kotak tu. Bila masuk ke dalam tetiba rasa macam confuse nak lalu arah mana, sebab ada reflection dari cermin-cermin yang penuh sarat dengan lampu fiber optic terjuntai-juntai dari siling ke lantai. Bila sampai ke dalam tengah-tengah kotak tu, I tengok sekeliling..memang wow! laaah... Amazing!!  Penuh dengan maksud tersirat di dalam kotak hitam yang dipenuhi dengan cermin, yang menggandakan kesan lampu ... ke infiniti! Artwork ni akan di display sampai 14 Februari 2014 ini. Memang sangat simbolik hasil cipta artis Nacho Ruiz dari orang Spanish ni.

Infinity at Publika

Get INSPIRED!

Lagi kedai yang best untuk cuci mata adalah Positve Emporium. Di situ kita boleh jumpa macam-macam merchandise yang unik sebagai inspirasi dan motivasi diri. Takde idea nak bagi birthday present, wedding gift or farewell orang tersayang atau kenalan, boleh cari di sini. Harga memang rate mampu milik. Tapi for me, lebih berharga kata-kata semangat dari nilai harga barang yang dibeli kan? Betul tak?

Positive Emporium

I sempat beli frame ni, dengan harga RM38.90 lebih kurang A4 size. I nak letak kat ruang rumah yang senang husband and I terbaca. Nak tau kat mana? I letak kat kabinet TV sebab hari-hari kami tengok TV. Moga bila kami baca, it becomes self-reflection. Tak gitu?? :)







Info:
Positive Emporium,  10A, Level G2, Publika.
+603-62053179
www.positiveemporium.com
https://www.facebook.com/PositiveEmporium 


Little Mister Wear by Whimsigirl
Baju Raya AQIL IMAAN

Round..punya round... we all naik lagi ke level G3, ada satu children's clothing store yang "macam best jer..macam sweet jer...." iaitu Whimsigirl. Nak jadikan cerita, kebiasaannya I yang suka tengok baju-baju budak yang cantik-cantik. Tapi terbalik kot pula kali ni, my husband pulak yang terlebih excited tengok baju baby boy. Siap dah 'chop' sepasang baju untuk Aqil untuk pakai raya tahun ni. Design kurta, pelikat pants style. Berangan dah pulak bapaknye... Tapi memang stylo pun. Harga..gluurrpp!! RM195. Hmmm takpe lah sayang, lupakan sahaja ye..  Kita cari kat Wisma Yakin je lah!

Info:
Whimsigirl, 46B Level G3, Publika.
+603-62064109
www.whimsigirldesign.com
https://www.facebook.com/whimsigirldesign


I LOVE WM!

Dah berjalan, tekak haus pula. So husband ajak minum kopi kat mana-mana coffee shop. FYI kat Publika ni memang berderet coffee shops. Bersaing habis tokey-tokey kedai kopi kat sini. Interior pun cantik-cantik. Habis pusing pilih kedai kopi, at last kami pilih Wondermilk untuk tempat lepak, minum-minum hilangkan penat berjalan. Well, I have a sweet tooth, so melihat cuppies yang tersusun di dalam display box tu memang patut I sambar!!  Nama pun masuk kedai Wondermilk kan??  Haaa tu gamba Aqil. Baiknya dia ikut berjalan... Tak meragam pun. Next time boleh kita dating lagi okay!

Wondermilk at Publika
Ok, I detail kan harga untuk item kami order:

Hot Coffe Mocha = RM8.00 - Biasa je. Standard mocha.
Ice  Latte =  RM7.00 - Biasa gak.
Aglio Olio Spagetti = RM14.90 - Ni sedap. Thumbs up!
Cuppies x 4 pcs = RM17.00 - Biasa gak. I pun boleh buat sedap lagi. Kata owner Sweets to the Sweet kan! :p
No tax charged.
Total = RM46.90#

Info:
Wondermilk, 7A & 8A Level G2, Publika
+603-62111092
http://www.ilovewondermilk.com


Tak semua area pun kami ronda. Kaki penat berjalan bila tiada tujuan, tak tahu nak cari apa. Cuci mata pun dah! Minum-minum pun dah! So jom balik.... Next time nak datang lagi? Hmmm nak shopping barang sini memang bukan pilihan lah, sebab boleh tahan harga. Mahal-mahal! Nak datang makan-makan kat sini boleh la sekali sekala. I rasa next time nak bawa Alya & Amal sekali pergi masuk black box Infinity main lampu. Then masuk kedai Wondermilk! Nak makan spagetti kat situ lagi. :)

Apa lagi yang best kat Publika ni ya? Leave a COMMENT ok!





No comments: