"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, January 26, 2014

Apa itu Vitamin sebenarnya bagi Si Manja?

Kadang-kadang mati idea juga nak masak apa untuk Alya & Amal supaya mereka ada selera dan nak bagi makanan dalam pinggan tu habis dan licin. 

Alya biasanya suka nasi lemak,  nasi goreng, brocolli, ayam atau daging. Kalau semua tu tak kena selera dia, nasi putih kosong pun Alya boleh habiskan. 

Amal pula suka makan mee, bihun, laksa atau seaangkatan dengannya. Makanan yang  panjang-panjang ala mee seperti suhun yang biasa dalam sayur goreng pun dia suka. Bubur pun Amal suka. Kalau disuapkan nasi, susah juga la nak bagi habis... Sayur Amal kurang gemar. Satu-satunya sayur yang Amal makan adalah carrot. 

So pening juga lah nak masak untuk ikut selera Alya & Amal yang memang berbeza. Farah juga kena fikir makanan apa yang terbaik untuk anak-anak untuk make sure ada zat dan vitamin untuk kesihatan mereka Sebagai ibu, memang perlu Farah study sikit berkenaan khasiat vitamin yang terkandung dalam makanan anaak-anak. 

VITAMIN? APA TU?

Vitamin adalah bahan-bahan yang terdapat dalam makanan yang kita makan. Anak-anak memerluaknnya, supaya mereka semua membesar dengan sihat. Setiap jenis vitamin adalah berbeza dan ia mempunyai peranan khas. Sebagai contoh:

Vitamin D - ada dalam susu membantu pembentukkan tulang.
Vitamin A - terdapat dalam lobak merah untuk membantu penglihatan pada waktu malam.
Vitamin C - ada dalam buah oren membantu badan cepat sembuh jika mendapat luka .
Vitamin B - ada dalam sayur-sayuran berdaun hijau bagi membantu badan membuat protein dan tenaga.

Tapi vitamin ada 2 jenis pula, iaitu vitamin yang larut lemak dan larut air.

Vitamin larut lemak:
Apabila kita makan makanan yang mengandungi vitamin larut lemak, vitamin disimpan di dalam tisu lemak dalam badan dan di dalam hati Vitamin ini akan 'menunggu dan ready' di sekitar dalam lemak badan sehingga badan kita memerlukan mereka.

Vitamin larut lemak akan duduk bergumbira di dalam badan kita untuk sementara - paling lama sehingga 6 bulan. Kemudian, apabila tiba masanya untuk mereka digunakan, 'syarikat penerbangan khas' di dalam badan kita akan membawa vitamin berkenaan ke tempat yang mereka diperlukan . 

Vitamin A, D , E, dan K ialah semua vitamin larut lemak .

Vitamin larut air:
Vitamin larut air pula berbeza. Apabila kita makan makanan yang mempunyai vitamin larut air, vitamin ini tidak disimpan dengan banyak di dalam badan. Sebaliknya, ia bergerak melalui saluran darah. Vitamin ini tidak akan tersimpan di dalam badan dalam tempoh yang lama, tetapi keluar melalui air kencing.

Jadi vitamin jenis larut air ini perlu diganti selalu kerana ia tidak stay dalam badan! 

Vitamin jenis ini termasuklah vitamin C dan kumpulan besar vitamin B iaitu - B1 ( thiamin) , B2 ( riboflavin) , niasin, B6 ( pyridoxine ), asid folik, B12 ( cobalamine ), Biotin, dan asid Pantothenic.

VITAMIN A to K

Jom kita lihat dari mana kita boleh dapatkan Vitamin A hingga K dalam makanan yang boleh diberi pada anak-anak kita.

Vitamin A
Vitamin A benar-benar memainkan peranan yang besar untuk penglihatan terutama pada waktu makan. Ia membantu untuk lihat warna, dari kelas warna kuning terang kepada ungu gelap. Di samping itu, ia membantu badan anda melawan jangkitan dengan meningkatkan sistem imun anda. 

Makanan apa yang kaya dengan vitamin A? 
  • Susu
  • Hati
  • Buah-buahan (tembikai, carrot, kentang) 
  • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap (bayam, sawi, brocolli)


OK, Alya suka brocolli, Amal suka carrot. So balancelah sayur campur goreng nanti.. Ada vitamin A.

Vitamin B
Vitamin B ini ada geng...iaitu B1, B2, B6, B12, niasin, asid folik, Biotin, dan asid Pantothenic. Ia penting dalam aktiviti metabolisme, di mana ia menghasilkan tenaga dan akan ready bila badan kita perlukannya. Jadi, masa depan anda menjalankan untuk asas ketiga, berterima kasih kepada mereka vitamin B .

Kumpulan vitamin B ini juga terlibat dalam membuat sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Tiap-tiap bahagian badan kita sememangnya memerlukan oksigen untuk bekerja dengan betul.  
Vitamin B mempunyai pekerjaan benar-benar penting kan??

Makanan apa pula yang kaya dengan vitamin B?
  • Biji-bijian, seperti gandum dan oat
  • Ikan dan makanan laut
  • Ayam dan daging
  • Telur
  • Produk tenusu, seperti susu dan yogurt
  • Sayur-sayuran berdaun hijau
  • Kekacang

Vitamin C
Vitamin ini penting untuk menjaga tisu badan, seperti gusi dan otot supaya dalam keadaan baik. Jika badan anak-anak kita luka, ia juga boleh membantu untuk sembuh. 

Vitamin C juga membantu badan untuk melawan jangkitan, seperti selsema. Diri kita memang tidak mampu untuk elak dari berjangkit apabila berada di sekeliling orang lain atau keadan persekitaran udara yang terdedah dengan macam-macam benda. Jaid vitamin C bertindak agar badan sukar untuk dijangkiti dengan penyakit.

Makanan apa yang kaya dengan vitamin C?
  • Buah-buahan sitrus, seperti oren
  • Tembikai
  • Strawberi dan anggur
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Buah kiwi
  • Lada benggala merah (macam epal tu..)

Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin yang kita perlukan untuk tulang yang kuat! Ia juga baik untuk membentuk gigi yang kuat. Vitamin D juga menghulurkan bantuan kepada mineral penting iaitu kalsium. Ia membantu menyerap jumlah kalsium yang diperlukan dalam badan. 

Vitamin D boleh diserap melalui kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari, atau anda boleh mendapatkannya dari makanan yang anda makan. Jadi jom jogging pagi-pagi untuk dapatkan vitamin D secara percuma! ALLAH SWT bagi  untuk kita. AlhamdulilLah... Hebatnya ALLAH.. 

Makanan apa yang kaya dengan vitamin D?
  • Susu diperkaya dengan vitamin D
  • Ikan
  • Kuning telur
  • Hati
  • Bijirin 
Vitamin E
Semua orang memerlukan vitamin E. Vitamin E bekerja keras melindungi sel-sel dan tisu daripada mengalami kerosakan. Ia juga penting untuk kesihatan sel-sel darah merah.

Jadi Vitamin B dan C memang perlu bekerja sama dengan Vitamin E untuk dapatkan perlindungan.

Makanan apa yang kaya dengan vitamin E?

  • Biji-bijian, seperti gandum dan oat
  • Sayur-sayuran berdaun hijau
  • Minyak sayuran seperti bunga matahari, canola, dan zaitun
  • Kuning telur
  • Kekacang

Vitamin K

Darah kita akan melakukan special task yang dipanggil pembekuan. Ia berlaku apabila kita alami pendarahan luka atau pembedahan. Sel-sel dalam darah akan menjadi seperti gam dan melekat bersama-sama di permukaan kesan luka untuk membantu menghentikan pendarahan.

Bayangkan kalau kita kurang Vitamin K? Badan kita mengalami luka-luka dan darah lambat kering atau berhenti keluar. Kan jadi masalah tu?

Makanan apa yang kaya dengan vitamin K?

  • Sayur-sayuran berdaun hijau
  • Produk tenusu, seperti susu dan yogurt
  • Brokoli
  • Minyak kacang soya

IDEA MENU MAKANAN UNTUK SI MANJA??

Ok bila Farah lihat, macam mudah sahaja nak prepare makanan-makanan yang berkhasiat ni kan?
Antara idea menu makanan yang Farah boleh kongsi adalah:
  • Sayur campur - brokoli campur carrot dan kentang. Letak suhun.. Hmm Amal suka suhun!

  • Ayam goreng kicap letak kentang pun sedap! Bukan anak-anak je boleh makan, dewasa pun ak boleh. So tak perlu masak macam-macam.

  • Sup ayam letak carrot dan kentang. Tak perlu pakai minyak. Renehkan sahaja ayam tu terus then campak kentang dan hirisan halia serta bawang-bawang. Sedap punya!

  • Telur dadar goreng... nak moden letak mayo skit macam dalam iklan TV tu. Dah pernah try? 

  • Spagetti balognese ala sempoi. Tomato fresh kasi potong kiub2 kecil, letak isi daging atau ayaam yang di potong kecil-kecil atau blend... tumis bawang putih dan bawang besar pakai olive oil. Letak origano skit... ok siap!



ANAK MEMILIH MAKAN. JADI MAKANAN ALTERNATIF??

Kadang-kadang, anak-anak Farah memang memilih makan. Tak tahulah sebab makanan dalam pinggan tak menarik minat mereka ke..atau mereka sendiri leka nak main sampai tak mahu makan. Risau juga kalau mereka tak dapat khasiat makanan yang cukup dan sepatutnya.

Alya & Amal


Jadi Farah perlu dapatkan makanan alternatif dengan mendapatkan supplement harian dari Shaklee untuk Alya dan Amal iaitu:

Meal Shakes yang mengandungi Vitamin B lengkap untuk anak-anak untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah merah yang sihat. Ia juga mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Selain itu, Meal Shakes juga boleh mengenyangkan anak-anak kerana terkandung fiber atau serat.

Chewable Vita-C untuk sistem imunisasi anak-anak untuk melawan jangkitan, dan melindungi kesihatan kulit dari alergic atau gatal-gatal. Memandangkan anak-anak kita suka bermain dan memegang mainan yang tidak dicuci, dan makan makanan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu tanpa kita sedar, jangkitan dan kulit gatal boleh berlaku.

Haaa.. berbulan-bulan Chewable Vita-C asyik out-of-stock memanjang... :( 

Tapi,this week Chewable Vita-C dah AVAILABLE. Yeay boleh pakat borong lepas ni..! Dua botol untuk anak-anak Farah, yang lain untuk anak-anak ibu bapa diluar sana :D

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM FARAH SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI:


Jika ingin dapatkan produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun ingin COD area AMPANG, PANDAN, KERAMAT dan WANGSAMAJU, sila hubungi Farah untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan supplements/vitamin hebat dari Shaklee. Farah akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. (>‿◠)✌




Tuesday, January 21, 2014

Budak mati waktu tidur akibat kahak

Suami Farah baru beritahu berita tentang kematian anak lelaki sahabatnya yang berumur 5 tahun semalam. Kematian yang disedari pada waktu pagi waktu ingin mengejutkan anaknya tidur. Doktor menjangka kematian disebabkan kahak yang terkumpul di tekak dan sukar menafas. Terfikir Farah, macam manalah ibu bapanya hadapi kenyataan... 

Tiba-tiba baby Aqil yang sedang nyeyak tidur terbatuk-batuk dengan kuat sampai Aqil terjaga dan menangis. Suspen aje.. Farah dan husband terus rasa lebih berjaga-jaga tengok keadaan anak-anak tidur. 

Muhasabah diri,
Kalau dah ajal, Allah SWT tak akan cepatkan atau lewatkan walaupun sesaat...

Sebelum tidur... jom doa tidur, beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut La IlahailalLah hingga terlelap.


**Mohon TIDAK sedekah Al-Fatihah kerana anak lelaki terbabit bukan Muslim.


I Nak Stop Ambil Vitamin C Injection

"Farah, I nak Vitamin C."

Seorang sahabat lama kenal sejak di bangku sekolah rendah bertanyakan soalan itu melalui Facebook. Dia noticed Farah adalah agen Shaklee dari Facebook juga. Tidak hairanlah soalan itu diajukan sebab dia memang seorang yang sangat sangat sangat menjaga kecantikkan. 

Farah sendiri akui memang dia seorang yang boleh dikategorikan sebagai perempuan cantik dan seorang yang pandai bergaya mengikut peredaran fesyen terkini. Dengan bentuk badan yang kurus dan tinggi lampai memang sekali pandang macam model pun ada. Dia beritahu yang adiknya juga mengamalkan pengambilan Shaklee untuk mencantikan kulit dan kulit adiknya kelihatan pultih dan cantik. Jadi dia pun ingin mencuba dengan Shaklee pula. 


Ooo ambil Vitamin C injection rupanya...

Rupa-rupanya sebelum ini dia mengamalkan suntikan Vitamin C setiap bulan dengan kos yang tinggi. Setelah dinasihat berkali-kali oleh suaminya yang risaukan kesihatannya, dia buat keputusan untuk berhenti mengambil Vitamin C injection. Sememangnya dia tahu dengan mengambil suntikan tu, dia sedang menanggung risiko sendiri kerana pengambilan Vitamin C secara suntikkan adalah tidak selamat untuk jangka masa panjang. 


Set Kecantikkan Shaklee kan ada?

Jadi Farah pun suggest dan jelaskan khasiat beberapa jenis supplements yang ada dalam Set Kecantikkan Shaklee iaitu:

1) Sustained Released Vita-C
-merangsang pembetukkan kolagen dari dalam
-merawat kedutan dan melambatkan penuaan
-mencantikkan kulit
-kekalkan kesihatan kapilari darah
-sokong sistem imun

2) Vita-E Complex
-menghilangkan jerawat, jeragat dan parut
-menjadikan kulit halus, licin dan gebu
-memulih tekstur dan tona kulit

3) B-Complex
-bantu kurangkan stress
-bantu wajah kelihatan segar dan tidak kusam

4) Energizing Soy Protein (ESP)
-mencegah pigmentasi
-kulit lebih anjal
-memberi tenaga berpanjangan dan kurangkan rasa lapar


Ok setuju tapi....taknak ESP.

Sahabat Farah ni setuju untuk ambil Set Kecantikkan yang Farah suggest. Tetapi... dia tak nak ambil ESP. Farah tanya juga sebab apa dia refuse dari ambil ESP. Katanya dia ada baca dari satu forum yang ESP ini boleh menggemukkan. 

Kerut juga dahi Farah dibuatnya sebab selama ini Farah juga mengamalkan minum ESP setiap hari awal pagi untuk menjaga performance susu badan. Tapi makin susut pula berat badan Farah ni. Husband pun pernah tegur (macam puji pun ada) yang badan dah nampak slim sikit.  Farah telah jelaskan dengan cara baik fungsi ESP ini dalam menjaga kecantikkan. Farah juga beritahu, ESP boleh menaikkan berat badan jika cara pengambilannya adalah salah dan tidak mengikut peraturan. Mungkin comment di forum yang dibacanya itu, telah mengamalkan ESP tanpa diberi nasihat dan rundingan yang betul oleh agen yang dia berurusan. Wallahualam...

Farah juga  faham, sahabat ini memang menitik beratkan juga tentang kecantikkan bentuk tubuh badannya. Jadi Farah suggest juga pengambilan Alfalfa untuk mendetoxkan badan. Jadi kotoran toksin dalam badan boleh dibuang temasuk lemak berlebihan yang ada dalam badan. Dia setuju dan terus order botol yang besar! Katanya nak share dengan husbandnya yang badannya makin 'sihat'. 

Farah tidak akan memaksa pelanggan jika pelanggan tidak setuju. Lebih-lebih lagi sahabat Farah ini baru membuat keputusan bertukar mengambil vitamin secara semulajadi dan selamat dari Shaklee, daripada mengambil injection. Farah perlu bantu dia untuk membuat tindakkan yang betul. 


Nak cepat!

Pada mulanya, sahabat ini ingin menunggu hingga hujung bulan apabila masuk gaji, baru dia mahu membuat pembayaran untuk dapatkan order. Mujur Farah sempat rembat beberapa produk Shaklee dari branch, secara tiba-tiba dia hubungi Farah dan beritahu mahu dapatkan vitamin yang di-order seawal yang boleh! Sahabat ini tak sabar menunggu barang untuk dipos, dia sanggup datang dari pejabatnya dari Bukit Jelutong ke rumah Farah di Ampang semata-mata nak dapatkan produk Shaklee dengan cepat! Satu perjalanan yang jauh! Biasanya 40 minit untuk sampai. Ni kan pula waktu petang orang balik dari kerja. Kesian juga dengan hujan lebat waktu itu...


Nak makan macam mana ni?

Menjadi tanggungjawab Farah untuk memberitahu pengguna Shaklee tentang jadual pengambilan supplement atau vitamin dengan dos dan waktu yang betul. 

Jadi Farah beritahu jadual pengambilan vitamin seperti berikut:

Pagi selepas breakfast - ambil Vit C 1 biji dan B-Complex 1 biji
Tengahari selepas lunch - ambil Alfalfa 2 biji
Malam selepas dinner - ambil Vit E Complex 1 biji

Farah juga beri nasihat, Alfalfa dan Vitamin E tidak boleh diambil bersama kerana Alfalfa akan menggangu penyerapan nutrisi Vitamin E pada badan.


Rasa syukur.

Farah rasa bersyukur sangat sangat ke hadrat Illahi kerana dapat memberi jalan kepada sahabat Farah untuk mengamalkan pengambilan Set Kecantikkan Shaklee yang sememangnya selamat, semulajadi dan berkesan berbanding dengan pengambilan secara injection. 

Jika pengambilan vitamin secara injection menjadi kebiasaan, dia akan berpeluang untuk mendapat keradangan/kekejangan setempat urat, penipisan tulang, masalah buah pinggang, tindak balas alergi, hidung berdarah, loya, kabur penglihatan, kulit kering, penyakit hati, penurunan berat badan, batu karang dan kerosakkan buah pinggang. Walaupun beberapa kesan sampingan tersebut adalah sementara dan adakala tidak benar-benar serius, pada orang orang lain ia boleh membawa kepada kematian. 

Moga Allah SWT memberi kesihatan dan kecantikkan yang berpanjangan baginya. 


Jom kita sama-sama bersyukur dan menjaga kecantikkan yang Allah SWT cipta dan beri pada kita. ()


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM FARAH SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI:




Jika ingin dapatkan produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun ingin COD area AMPANG, PANDAN, KERAMAT dan WANGSAMAJU, sila hubungi Farah untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan supplements/vitamin hebat dari Shaklee. Farah akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. (>)✌



Thursday, January 16, 2014

'Dating' dengan 2 pakwe!

Assalamualaikum...

I would like to announce ....
"YABEDABEDOOO!!! FARAH DAH HABIS PANTANG!!!" Jom langkah panjang!! ;D

Cukup tempoh hari ke-45 selepas bersalin, habis berpantang dalam kepala macam-macam tempat Farah nak pergi. Tapi untuk berjimba-jimba, Farah decide nak berdating dengan pakwe.. bukan seorang pakwe. Tapi dating dengan 2 pakwe!!  Kata dah slim dengan SET BERSALIN SHAKLEE kan... ;) Apa salahnya?Bolehlah bergaya sakan dan ber'dating' dengan 2 pakwe sekali gus. Dasyat kan...:P

Gambar dari www.publika.com.my. 
Siapa pakwe tu ek? Pakwe 1 namanya Mohd Farez Mohd Radzi. Pakwe 2 namanya Aqil Imaan Mohd Farez. Itu lah suami dan my baby boy Aqil  Imaan. Haih, mana boleh Aqil tinggal..nak nenen macam mana? Kakak-kakak Aqil; Alya & Amal kena tinggal di rumah Tok Wan di Segambut SPPK. So rilex sikit nak berjalan, tak perlu main "Police and thief want to jaga...police mati pencuri jaga." dengan Alya dan Amal.

Nak share cerita kami berdating di Publika yang terletak di Solaris Dutamas. 5 minit sahaja dari rumah mertuaku di Segambut SPPK. Tujuan posting ni bukan nak heboh pasal kami berdating. Tapi I suka nak share serba-sedikit apa yang menarik di Publika ni.

Senang ke cari parking?

Ok bab parking memang kami tak worry sebab sistem yang dipakai ada detection sensor, so called "Smart Parking System". Ada indicator yang inform visitor parking lot mana yang vacant, dan mana yang dah full. So ikut je lah anak panah kat display board.

Potong! Jangan Tak Potong!

The Potong
Yang menarik di tingkat UG, adalah kiosk Ais Krim Potong moden! Haha...  The real name is The Potong. I sorang je beli. Kes orang habis berpantang dah lama tak pekena icecream kan! Macam-macam flavor yang moden-moden ada. Antara flovor yang ada:

  • Watermelon Fizz (Watermelon + Lemonade + Apple Mint) = RM5
  • Nutty Choc (Nutella + Fresh Coconut) = RM5
  • Cherry Root Beer (A&W Classic Root Beer +Vanilla Cream + Maraschino Cherry) = RM5
  • Rosy Mango (Mango + Grapefruit + Rose Water) = RM5
  • Musang King (Durian + Fresh Coconut Milk) = RM7
  • Coconut Water (Fresh Coconut Water + Coconut Milk + Coconut Flesh + Salt Falkes) = RM7
  • Cempedak (Cempedak + Fresh Coconut Milk) = RM7

I beli Watermelon Fizz flavor, harga RM5 each. Rasa boleh tahan la, macam rasa tembikai bersoda. Tapi husband rasa tak berapa sedap. Hmmm bila I nak masuk kedai baju, I minta tolong dia pegangkan aiskrim tu and tunggu kat luar. Bila I keluar je kedai, I tengok aiskrim dah nak habis!! Ceh..tak sedap konon.... tapi tinggal batang je.

Info:
The Potong Kiosk, UG Floor Publika.
https://www.facebook.com/ThePotong
+6016-682 2221


Main lampu JOM.

Publika sinonim dengan jualan-jualan barangan creative. Tengok sekeliling sahaja, kita dapat lihat ada kelainan dari segi sculptures design yang sangat aritistik dan unik. Sedang we all berjalan, ternampak satu kotak hitam di tengah-tengah Boulevard Publika yang tertulis Infinity. Terdapat satu lorong untuk kita masuk ke dalam kotak tu. Bila masuk ke dalam tetiba rasa macam confuse nak lalu arah mana, sebab ada reflection dari cermin-cermin yang penuh sarat dengan lampu fiber optic terjuntai-juntai dari siling ke lantai. Bila sampai ke dalam tengah-tengah kotak tu, I tengok sekeliling..memang wow! laaah... Amazing!!  Penuh dengan maksud tersirat di dalam kotak hitam yang dipenuhi dengan cermin, yang menggandakan kesan lampu ... ke infiniti! Artwork ni akan di display sampai 14 Februari 2014 ini. Memang sangat simbolik hasil cipta artis Nacho Ruiz dari orang Spanish ni.

Infinity at Publika

Get INSPIRED!

Lagi kedai yang best untuk cuci mata adalah Positve Emporium. Di situ kita boleh jumpa macam-macam merchandise yang unik sebagai inspirasi dan motivasi diri. Takde idea nak bagi birthday present, wedding gift or farewell orang tersayang atau kenalan, boleh cari di sini. Harga memang rate mampu milik. Tapi for me, lebih berharga kata-kata semangat dari nilai harga barang yang dibeli kan? Betul tak?

Positive Emporium

I sempat beli frame ni, dengan harga RM38.90 lebih kurang A4 size. I nak letak kat ruang rumah yang senang husband and I terbaca. Nak tau kat mana? I letak kat kabinet TV sebab hari-hari kami tengok TV. Moga bila kami baca, it becomes self-reflection. Tak gitu?? :)







Info:
Positive Emporium,  10A, Level G2, Publika.
+603-62053179
www.positiveemporium.com
https://www.facebook.com/PositiveEmporium 


Little Mister Wear by Whimsigirl
Baju Raya AQIL IMAAN

Round..punya round... we all naik lagi ke level G3, ada satu children's clothing store yang "macam best jer..macam sweet jer...." iaitu Whimsigirl. Nak jadikan cerita, kebiasaannya I yang suka tengok baju-baju budak yang cantik-cantik. Tapi terbalik kot pula kali ni, my husband pulak yang terlebih excited tengok baju baby boy. Siap dah 'chop' sepasang baju untuk Aqil untuk pakai raya tahun ni. Design kurta, pelikat pants style. Berangan dah pulak bapaknye... Tapi memang stylo pun. Harga..gluurrpp!! RM195. Hmmm takpe lah sayang, lupakan sahaja ye..  Kita cari kat Wisma Yakin je lah!

Info:
Whimsigirl, 46B Level G3, Publika.
+603-62064109
www.whimsigirldesign.com
https://www.facebook.com/whimsigirldesign


I LOVE WM!

Dah berjalan, tekak haus pula. So husband ajak minum kopi kat mana-mana coffee shop. FYI kat Publika ni memang berderet coffee shops. Bersaing habis tokey-tokey kedai kopi kat sini. Interior pun cantik-cantik. Habis pusing pilih kedai kopi, at last kami pilih Wondermilk untuk tempat lepak, minum-minum hilangkan penat berjalan. Well, I have a sweet tooth, so melihat cuppies yang tersusun di dalam display box tu memang patut I sambar!!  Nama pun masuk kedai Wondermilk kan??  Haaa tu gamba Aqil. Baiknya dia ikut berjalan... Tak meragam pun. Next time boleh kita dating lagi okay!

Wondermilk at Publika
Ok, I detail kan harga untuk item kami order:

Hot Coffe Mocha = RM8.00 - Biasa je. Standard mocha.
Ice  Latte =  RM7.00 - Biasa gak.
Aglio Olio Spagetti = RM14.90 - Ni sedap. Thumbs up!
Cuppies x 4 pcs = RM17.00 - Biasa gak. I pun boleh buat sedap lagi. Kata owner Sweets to the Sweet kan! :p
No tax charged.
Total = RM46.90#

Info:
Wondermilk, 7A & 8A Level G2, Publika
+603-62111092
http://www.ilovewondermilk.com


Tak semua area pun kami ronda. Kaki penat berjalan bila tiada tujuan, tak tahu nak cari apa. Cuci mata pun dah! Minum-minum pun dah! So jom balik.... Next time nak datang lagi? Hmmm nak shopping barang sini memang bukan pilihan lah, sebab boleh tahan harga. Mahal-mahal! Nak datang makan-makan kat sini boleh la sekali sekala. I rasa next time nak bawa Alya & Amal sekali pergi masuk black box Infinity main lampu. Then masuk kedai Wondermilk! Nak makan spagetti kat situ lagi. :)

Apa lagi yang best kat Publika ni ya? Leave a COMMENT ok!





Saturday, January 11, 2014

Bila ayah tanya Farah "Ada tak ubat joint health lagi?"

AlhamdulilLah... rezeki Jumaat.
Ayah datang rumah bawa Pisang Nangka which is my favourite buat pisang goreng petang-petang dengan air Teh O'... Pisang ni ayah tanam tepi rumahnya di Seremban. Belum masak lagi. Sebelum balik ayah pesan tunggu lembut sikit isinya baru goreng. Jangan lembik sangat nanti tak sedap. Sebelum ayah balik, sempat Farah passed Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk ayah. :)

Pisang Nangka pemberian Ayah


Advanced Joint Health Tablet

Nak jadikan cerita, 2 hari lepas ayah ada sms tanya ada ubat Shaklee tak?  Maksud ayah Advanced Joint Health Tablet (AJHT) produk Shaklee. Ayah ada pesan nak supplement tu since last month. Tapi out of stock pula. Lama juga ayah tunggu. 

Ayah pernah ambil AJHT sebelum ni sebab pernah sakit-sakit belakang dan sendi akibat kerap bawa baldi air untuk jirus pokok di kebun. Selepas ambil AJHT, sakit-sakit belakang pun berkurang dan lama-lama hilang.  Bila dah sihat, bukan main lagi...siap ajak cucu  (Alya, anak sulung Farah) berkebun sekali. Sukalah Alya.... dapat main kat kebun! Bukan menolong pun... Hmmm..

Ayah 

Ayah & Alya di kebun

Bila ayah tanya Farah "Ada tak joint health lagi?", fahamlah Farah.. sakit belakang ayah datang balik. AJHT yang ada dulu pun dah habis. AlhamdulilLah semalam ayah dah dapat AJHT, Farah jadi lega dapat bantu ayah.

Doakan ayah sentiasa sihat dan cergas yer... 
Moga emak dan ayah dapat tunaikan tanggungjawab harian dan beribadah dengan sempurna dengan kesihatan yang baik.

Rasa happy join Shaklee, dapat bantu insan tersayang... Thank you ALLAH swt!


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM FARAH SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI:



Jika ingin dapatkan produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun ingin COD area AMPANG, PANDAN, KERAMAT dan WANGSAMAJU, sila hubungi Farah untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan supplements/vitamin hebat ini. Farah akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. :) 







Friday, January 10, 2014

Nak cantik macam artis Korea??

Rasanya semua wanita di luar sana nak cantik. Lagi-lagi kalau muka cantik macam artis Korea ni kannn!! Tapi kalau cantik, biarlah secara semulajadi cantik. Tak make-up pun kita nak nampak muka berseri-seri. Tapi macam mana nak jadi macam tu??
Sung Yu Ri - Korean Actress
Biasanya kita jaga kulit cara yang biasa-biasa sahaja. Pagi dan petang mesti nak kena cuci muka guna Facial Foam. Tapi Farah tau, terdesak ade je orang guna sabun badan. Ayooo... 
Yang lelaki pun ape salahnya menjaga kecantikkan kan.. Tak semestinya 'mak nyah' je kena jaga :P 
Especially para suami, nak kasi isteri kiss pipi biarlah pipi tu tak de jeragat bagai...heee

Cara kita makan juga bagi kesan pada condition kulit kita. Perasan tak? Kalau kita kurang minum air, kulit bibir pun mudah je kering sampai terkopek-kopek kita menggigit.  Kulit badan kita boleh jadi kering bila kurang minum. Letaklah 10 lapis moisturizer cream untuk kulit. Kulit kita belum tentu menjadi sihat. 

Ini pengalaman Farah sendiri yang mempunyai jenis kulit wajah yang kering dan boleh rasa ketat je otot muka bila bercakap, senyum atau ketawa. Farah memang suka masuk kedai Body Shop beli macam-macam cream dari lipstik hingga ke lotion badan. Tapi penjagaan luaran sahaja yang Farah amalkan. Farah tak pentingkan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk kulit. Tiada kesedaran pun sebenarnya untuk kerap ambil makanan yang sihat-sihat. Hari-hari makan lauk org melayu yang berminyak dan berlemak je. Keturunan Negeri Sembilan dan Melaka katakan. Masak lomak dan Asam Pedas tu favourite!! Buah-buahan bukan hari-hari jumpa atas meja makan. Air pula tunggu haus baru tergerak hati nak minum. Silap besar la kannn...

Selepas bersalinkan Aqil, waktu pantang barulah Farah menjaga makan. Ye lah. Berpantang katakan. Emak yang menjaga makan minum waktu tu. Jadi semestinya makanan yang berkhasiat sahaja yang terhidang. Lebih-lebih lagi Farah memang amalkan pengambilan supplement Shaklee, hari-hari consistent makan ikut jadual. 10 hari lepas bersalin waktu Majlis Aqiqah Aqil, ada yang perasan muka Farah nampak berseri-seri. Ni bukan puji diri yer.. Ni seorang sahabat yang kata.. 
Haa nak tau rahsianya?? Sebab Farah minum ESP dan makan vitamin B-Complex hari-hari! Orang tua kata nak kulit cantik minum air soya. ESP kan air soya juga.

Testi by Affni 

Nak tahu bagaimana ESP bekerja? ESP boleh merawat, membina dan menggantikan sel-sel lama dan yang rosak menjadi sel baru. Protein yang ada pada ESP mampu membuat kulit kita anjal dan nampak 'macam pakai botox' kerana ia boleh mengekalkan kepejalan otot wajah. 
Vitamin B-Complex pula membuat Farah rasa cergas dan tidak stress ketika pantang. Secara tak langsung kulit wajah nampak fresh je..walaupun waktu Farah belum mandi pagi. Hehehe kidding!!

Banyak lagi nutrisi yang baik boleh membantu dalam penghasilan kulit yang cantik seperti di bawah. Semua vitamin yang penting untuk kecantikkan, boleh didapati dari Set Shaklee yang 100% dari bahan semulajadi. 

Vitamin untuk cantik

Set Kecantikkan Shaklee
  1. Sustained Release Vita-C Plus
    • meransang pembentukkan kolagen yang merawat kedutan. 
    • mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan.
    • mengekalkan kesihatan kapilari darah.
    • menyokomg sistem imunisasi dalam badan
  2. Vita-E Complex
    • melambatkan penuaan dan mengurangkan garis halus, jerawat, parut dan bintik di wajah.
    • menjadikan kulit halus, gebu dan licin.
    • sekatakan tekstur dan tona kulit
  3. B-Complex
    • membantu membina sel-sel baru
    • mengurangkan tekanan (stress)
    • membuang toksik dalam badan
    • membantu wajah kelihatan segar dan kusam
  4. ESP Soy Protein Isolate Powder
    • meransang semula pembentukkan kulit dan otot
    • menjadikan kulit nampak berseri dan anjal
    • mencegah pigmentasi
    • memberi tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar (bagi yang ingin diet)

Lagi info yang menarik!

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. 

You all boleh cuba!! Wajah pun kena bersenam tau. Tapi bagi Farah senaman paling bagus adalah murahkan senyuman pada orang sekeliling kita. Senyumkan sedekah.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Jika ingin dapatkan produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun ingin COD area AMPANG, PANDAN, KERAMAT dan WANGSAMAJU, sila hubungi Farah untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan supplements/vitamin hebat ini. Farah akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. :) 






Monday, January 6, 2014

Dunia Usahawan 2014

AlhamdulilLah... sudah beberapa hari tak dapat jenguk blogspot. Macam banyak perkara je yang nak di share tapi better I share story yang fresh form oven lah! Semalam... for the first time, I attended Seminar Dunia Usahawan 2014 oleh Dr Azizan Osman (DAO) bertempat di Berjaya Times Square Hotel. Ini adalah seminar terakhir di KL. This time orang ramai boleh mendaftar secara PERCUMA jika datang 3 org. Datang seorang atau dua orang, caj RM50 setiap satu dikenakan. Mula jam 8pg hingga 1ptg.





Sampai je di sana... huh, manusia sikit punya ramai. Naik lif dari basement parking pun dah ramai orang. Naik 14th floor tempat seminar hall, keluar saja muka pintu lift, I dapat tengok muka sorang demi sorang dengan penuh ceria dan bersemangat mengisi registration form dan Q untuk register dan dapat FREE buku DAO bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan"

 I  salute dengan organizer Richworks, walaupun beribu orang hadir (refer to FB DOA 3k org hadir)..tapi semua under control. Paling I salute,pintu masuk dan kawasan tempat duduk peserta wanita dan lelaki diasingkan. Baguskan?? Masuk hall Alhamdulillah kami senang dapat seat walaupun dah row belakang. Ade juga yg lewat hadir masuk juga hall, ada yang berdiri sampai pintu keluar. Ada juga yang duduk tempat sempit celah2 seat tempat laluan. I faham mereka semua datang dengan semangat luar biasa, termasuklah diri I sendiri. :)

Suasana dalam hall sebelum seminar bermula
Masa opening, semua diminta berdiri... buat exercise! Maklumlah, event pagi so kena streching sikit. Crew atas pentas instruct peserta buat aerobik lagu Alex Ferrari - Barà Berê ("Bala bala bele bele"). Gelek-gelek, pusing-pusing, lompat-lompat semua ade. Tergelak-gelak semua orang. Mana makcik-makcik yang attend pun bukan main lagi!!! Padanlah seat wanita dan lelaki diasingkan....bisik hati I masa tu. Tetiba ade seorang lelaki 'comel' join melompat atas stage. Semua menjerit mcm histeria!! I rasa macam pergi concert. Tapi tu lah 'aura'nya Dr Azizan Othman. Sebelum DAO start apa-apa ilmu yang nak disampaikan, dimohon semua membaca al-fatihah untuk RasululLah SAW, ibu bapa, family kita dan untuk semua umat Islam sama ada yang ada atau telah tiada. Dikesempatan ini juga mohon sesiapa yang membaca post ini, membaca surah Al-fatihah untuk tujuan yang sama.

AL-FATIHAH....

Ok dalam post ni I nak share mana yang boleh apa yang I dapat dari seminar semalam. Tapi i akan bagi beberapa key words sahaja. Mana yang I boleh elaborate kan, I cuba elaborate kan ikut kefahaman I.



BANGKIT iaitu Berniaga Akan Naik Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan.

Itulah yang ditekankan oleh DAO. Allah SWT telah beri kita petunjuk (dalam berniaga) tetapi kita sendiri tiada Ilmu.
Tanpa ilmu, apalah bezanya hidup kita bila ada pendapatan beribu-ribu? DAO mentioned 90% businessman adalah failed kerana tiada ilmu. Mereka tidak berjaya kerana:

  • tiada MENTOR
  • tiada ILMU
  • tiada KEYAKINAN yang jelas
:( 

Konsep Cuba, Nilai & Kongsi perlu diterapkan. Apa 'naiwaitu' kita? Apa niat kita dalam berniaga? Untuk berniaga perlu fokus untuk membantu orang. Bila berfkir berniaga untuk nak jadi kaya, kita akan mudah stress!! kemudian DOWN! DOWN! DOWN! DOWN!

Sebenarnya kita yang pilih gaji kita. Banyak mana ilmu kita, banyak itu gaji kita.
Seperti isu sekarang, semuanya NAIK, kenaikan gaji kita tidak selaju dengan kenaikan barang. Kita memang boleh terus menyalahkan dan mengharapkan sesuatu untuk berubah. Tapi kita memang tahu, 300 tahun nanti pun barang akan tetap akan naik dan terus naik. Itu kita tahu.
Jadi, DAO sarankan lebih baik semua mula BERKUMPUL dan BERNIAGA. :) Di dalam Al-Quran juga ada sebut 9/10 rezeki datang dari perniagan. 
Yes... Kita boleh terus membantah tentang kenaikkan yang berlaku, tapi dalam masa yang sama "Apa yang boleh kita buat"? Jawapannya, IMPROVE DIRI SENDIRI! Kalau kita bekerja, hari-hari hanya income yang sama. Kalau naik pun tak banyak mana...
Oleh itu, jadikan tekanan perasaan itu sebagai kekuatan. Masa depan tidak terletak di tangan orang lain. 

Untuk menjadi kaya, kita perlu perbanyakkan bersedekah. Kesilapan kita selama ini, kita hendak terima banyak, tetapi nak memberi tidak banyak. 3 prinsip kita perlu ada:
  1. Bersyukur setiap perkara yang ada pada kita.
  2. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Lagi banyak masalah, lagi banyak peluang!
  3. Untuk jadi millionare, dengar kata millionare.

Cerita pasal business.....

5 PROSES MESTI UNTUK BERJAYA. Ini adalah dari mentor DAO iaitu Peter Lau.
  1. M - Matlamat, Mentor
    • Tetapkan matlamat untuk menyelesaikan masalah orang lain. Jika berniaga untuk jadi jutawan, takkan jadi jutawan. "Man jadda, Wa Jadda", Siapa berusaha, dia yang dapat. 
    • Berniaga perlu support each other. Perlu ada silaturrahim dalam biz..
    • Perlu ada mentor untuk berniaga. Lihat konsep orang Chinese belajar kungfu. Meraka akan cari sifu.
  2. E - Elmu, Emosi
    • Perlu ada ilmu dalam berniaga. Ilmu dapat dari mentor.
    • Dalam berniaga, emosi adalah penting. Contohnya,pelanggan biasanya suka dipuji.
  3. S - Sistem, Strategi
    • Marketing penting dalam berniaga.  
    • Bagaimana cara kita boleh menyelesaikan masalah orang?
  4. T - Tindakan (yang luar biasa)
    • Buat wang yang banyak bukan untuk kaya, tetapi untuk contribute dan berzakat sebanyak-banyaknya.
    • Solat sunat fajar 2 rakaat lebih mahal. Kita boleh kaya berbanding dari benda yang kaya di seluruh kerajaan yang ada. Jadi lakukan sebelum solat subuh. Itu penting. Dan amalkan solat-solat sunat yang lain seperti dhuha, tahajud dan sebagainya.
    • Dari Aisyah r.h.a dari Nabi SAW ketika menerangkan keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum Solat Fajar (Subuh), sabdanya “Kedua rakaat itu lebih aku sukai daripada seluruh isi dunia”. (Riwayat Ahmad; Syuaib Al Arnaut : Sanad Sahih menurut syarat Sahihain [Bukhari & Muslim])
  5. I - Impian, Intention (niat)
    • Tanamkan impian dan niat kita berniaga untuk bantu family kita dan orang lain.
Orang yang berjaya akan melakukan kerja sampai habis. Orang gagal buat separuh jalan.
Perlu fokus dan ilmu. Tanpa ilmu, tidak boleh buat duit.

Perlu tahu teknik panggil gajah. Di mana kalau kita panggil gajah, gajah akan panggil gajah-gajah yang lain.
Maknanya, kena tahu sedut pelanggan. Oleh itu marketing sangat penting.

Berniaga 1 cerita lain..
Marketing 1 cerita lain...

DAO ada beri contoh, lawak gak..
"Kalau kita pandai buat karipap sedap, saiz besar, siap ada telur dalam karipap tu dan sampai pengsan orang makan, tapi tidak tahu nak market, LU MAKAN LAH KARIPAP TU SENDIRI!"

BASIC OF MARKETING POWER (Magic of marketing)


  1. P - Pakar, Problem, Penyelesaian
    • Untuk market business kita, nyatakan kepakaran kita seperti "Kepakaran saya adalah membantu orang untuk........". Ini kerana orang akan deal dengan orang yang expert. 
    • Dalam business, tidak boleh beri tahu orang apa business kita dengan serta-merta. 
    • Kesilapan terjadi bila orang bertanya, "Kau buat ape skang?". Kita jawab "Saya jual kek coklat". Sepatutnya kita beritahu macam ni.. "Kepakaran saya adalah untuk membolehkan orang ramai menikmati kek coklat yang sedap, enak dengan bahan yang berkualiti tinggi, bersih dan dijamin 100% halal". Jadi orang akan suka dan hendak beli kek kita.
    • Pastikan apakah masalah yang kamu solve?
    • Tidak akan wujud business kalau tiada masalah.
  2. O - Opportunity
    • Di mana ada masalah, di situ ada peluang.
  3. W - Wilayah 
    • Kita perlu tahu populasi tempat kita nak cover untuk berniaga. Berapa sekolah? pejabat? manusia? 
    • Ambil no telefon atau dapatkan email.
    • Perlu ada database sendiri.
  4. E - Emotion, Experience 
    • Jangan paksa seseorang untuk beli benda yang dia tidak suka, seperti menagih simpati. Kita perlu berniaga dengan bermaruah. 
  5. R - Result
    • Buat pelanggan terdesak untuk dapatkan produk kita. Eg: Paparkan testimoni orang yang telah guna produk kita. 


Jangan belajar buat business melalui buku. Perlu ada mentor.
Eg.: Tiger Woods handal main golf bukan melalui buku, tetapi sebab dia ada coach. Sama juga seperti Nicole David pemain squash kita. Dia juga ada coach.

Ok, ini sahaja yang I sempat catit dalam notebook.

Kemudian DAO panggil beberapa anak muridnya share their experience and achivement. Antaranya adalah contoh hebat a.k.a my mentor Master Firdaus!! DAO sebut nama Firdaus lagi means memang DAO kenal dan tahu achievement dia. Gambar di bawah ni, diambil dari whatsapp di send oleh ahli shaklee susur galur Master Maria & Firdaus. Group paling MAGIC I pernah jumpa!


Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua especially buat my husband baru sahaja membuka Pusat Tuisyen Area Ilmu di TTDI. Untuk business dunia dapurku Sweets to the Sweet. Dan juga untuk my Shaklee family, buat mama Affni, dan adik-beradik Shaklee. Kalau ada kelapangan dan peluang, memang I nak attend lagi seminar DAO. Moga kita semua kaya dan berjaya kerana Allah Taala. Ameen..





Wednesday, January 1, 2014

Set Hamil, Bersalin dan Menyusu SHAKLEE

As Salam...  2013 telah melabuhkan tirainya. For 2014, I pray the best for all of us. HAPPY NEW YEAR !!!


In my previous post "What a phenomenon??", I've shared my experience using Set Menyusu & Set Bersalin Shaklee. It has proven to me until I became a member of Shaklee.  I had promised to share the info in detail about it. Ok let's check it out!! I will explain one by one... with their benifits.


For SET HAMIL Shaklee, supplements as below:
  1. Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  2. B-Complex (with Folic Acid)
  3. Chewable Vita-C
  4. Ostematrix (Calcium & Magnesium)
  5. ESP Soy Protein Isolate Powder
  6. OmegaGuard (EPA & DHA)
For SET BERSALIN dan MENYUSU Shaklee as below:

  1. Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  2. B-Complex (with Folic Acid)
  3. Chewable Vita-C
  4. Ostematrix (Calcium & Magnesium)
  5. ESP Soy Protein Isolate Powder
  6. OmegaGuard (EPA & DHA) - Optional**
  7. Alfafa Complex (Milk booster)
  8. Zinc Complex 
So we can see, SET BERSALIN dan MENYUSU can be used as early 3rd week of pregnancy except for Alfalfa Complex and Zinc.


BENEFITS FOR EACH SUPPLEMENTS ARE:
  1. Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
    • help produce hemoglobin, prevent anemia, reduce the risk of underweight baby / premature
    • taking a multivitamin with iron is necessary to ensure mothers body gets all the necessary vitamins that sometimes can not be obtained from our daily food intake, especially during confinement period (berpantang)
    • produce red blood cells to replace the blood loss during the birth process
    • without enough iron, mothers will look pale, weak and at worst, it's easy to faint!!
  2. B-Complex (with Folic Acid)
    • help the body to be energized, more focused brain, avoid stress and 'meroyan' and face will looks radiant and glow :)
    • when there is no stress, mothers milk production will be better.
  3. Chewable Vita-C
    • As an antioxidant, helping to boost the immune system of mother body and baby, and make the skin more beautiful
    • help absorb the iron in the body
  4. Ostematrix (Calcium & Magnesium)
    • Calcium is essential for building the blood, build bones, teeth and nerves in the human body
    • without taking calcium in daily diet, then calcium for milk production will be absorbed from existing in the mother's body
    • to avoid the risk of osteoporosis, aching feet and spine, and tiredness
    • help mothers who are suffering from a lack of breast milk during menstruation
  5. ESP Soy Protein Isolate Powder
    • maintain normal growth and maintenance of body tissues
    • Protein is needed for the construction of hormones, enzymes and antibodies
    • make breastmilk production becomes faster with a consistent feeding/pumping session
    • help produce the amino acid and help in producing beautiful skin, healthy hair and beautiful nails 
  6. OmegaGuard (EPA & DHA) - Optional  for Set Hamil & Menyusu**
    • DHA is important in brain development, as well as other aspects of fetal development
    • Before the baby is born, the baby get the DHA from the mother through the placenta. Thus, mothers need extra DHA.
    • helps burn fat, and help mothers getting 'slim' more quickly after delivery.
  7. Alfafa Complex (Milk booster)
    • help enhance immunity, and calcium
    • very helpful to increase milk production
  8. Zinc Complex 
    • helps heal wounds after delivery, more quickly. Don't bother looking for ikan haruan or pati ikan haruan.
    • helps to produce insulin and enzymes in the body

Consuming food with complete nutrition for every mother is very important. 

Take care of your health first so that you can properly take care of your family.
InshaAllah...


Want to get the perfect supplement for pregnancy, maternity and breastfeeding?

Want to generate a 4-5 figure monthly income just by sitting at home?



Contact me for :
FREE CONSULTATION, BEST PRICE & BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!






Jika ingin dapatkan produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun ingin COD area AMPANG, PANDAN, KERAMAT dan WANGSAMAJU, sila hubungi Farah untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan supplements/vitamin hebat ini. Farah akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. :) 


Monday, December 30, 2013

Aqil Imaan 1 bulan.

As salam...
AlhamdulilLah, baby Aqil Imaan berumur sebulan sudah. Makin sihat dan kuat ibu tengok Aqil sekarang. Aqil can move his head to the other side by himself when he sleep. I mean when tidur meniarap. He also can stand by his feet (hold to the floor) during bath!! Oh boy, you're so strong...! Minum susu ibu banyak-banyak lagi ok. Tapi bila berjaga, Aqil suka orang dukung.... Kalau letak atas katil mulalah resah. Mentang-mentanglah ibu berpantang di rumah nenek. So ade je orang yang boleh layan manjakan Aqil. Asyik berdukung aje. Kalau ibu jaga sendiri, ibu biarkan saje Aqil teriak. Kalau agak lama sangat baru ibu dukung Aqil. Tak usah manja-manja sangat ok, kena train awal-awal jadi independent. Aqil kan boy!!
Happy 1st month Aqil Imaan... Yeay! 10 days left to end my confinement period.


Aqil Imaan - Day 1
Aqil Imaan - Day 9

Aqil Imaan - Day 14
Aqil Imaan - 1 month old

Friday, December 27, 2013

Saya subur! Saya mahu baby...



Di setiap perkahwinan, pasti ada matlamat untuk memperolehi cahaya mata secepat mungkin dan ada juga inginkan zuriat seramai yang boleh. Tetapi selepas mereka berkahwin, tunggu setahun tak dapat anak, tunggu 2 tahun tiada juga... Bersabarlah! Segala yang berlaku adalah ketetapan Allah swt, seperti juga soal jodoh, rezeki, dan mati.

Bagi setiap suami isteri yang mempunyai cahaya mata, seharusnya bersyukur kerana masih ada lagi pasangan yang masih menanti sekian lama untuk menimang cahaya mata dan mendengar tangisan baby di sudut rumah mereka. Bagi yang masih belum mempunyai rezeki, InshaAllah jalan penyelesaiannya pasti ada. Usaha, berdoa dan bertawakallah kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Saya telah membuat beberapa rujukkan tentang isu kesuburan dari beberapa blog dan website yang boleh dipercayaai. (Rujuk di akhir entry untuk link). Baca hingga habis okay... Mungkin akan memberi info dan membantu suami isteri terlalu ingin menimang baby

Menurut kata Doktor Pakar Sakit Puan terkenal iaitu  Dr. Hamid Arshat, wanita di awal 20 an yang berkahwin awal mempunyai peluang yang besar untuk cepat hamil. Bagi kebiasaannya, 80% akan hamil setahun selepas berkahwin. Namun, masalah ini bukan berpunca dari wanita sahaja okay. Ada juga masalah ini datang dari suami sendiri. Oleh itu pemeriksaan perubatan ketidaksuburan harus dilakukan dari awal lagi dengan melibatkan kedua-dua suami dan isteri.  Mereka yang sukar untuk hamil berpunca dari status kesihatan suami isteri yang kurang baik, hubungan seksual yang tidak sempurna dan tidak memuaskan, pusingan haid yang tidak teratur, faktor kegemukkan, dan kerap stress yang menggangu kesuburan hormon. 

Ketidaksuburan Lelaki.

Dari hasil kajian, kira-kira 13% lelaki adalah mandul yang tidak boleh dirawat, 11% mempunyai keadaan yang boleh dirawat dan 76% lelaki mempunyai gangguan pengeluaran sperma atau masalah fungsi yang tidak jelas untuk merawatnya dengan berkesan. 

Daripada 13% lelaki dengan kemandulan yang tidak boleh dirawat, kebanyakan tidak mempunyai sperma dalam air mani mereka (azoospermia) kerana tubul dalam testis yang menghasilkan sperma tidak terbina atau
telah rosak. Ini mungkin akibat:
- kegagalan testis untuk turun ke dalam skrotum semasa zaman kanak-kanak, radang testis atau rawatan dengan ubat-ubatan tertentu.
- sperma yang dihasilkan dalam jumlah yang biasa, tetapi ia tidak berenang atau struktur lemah lalu gagal untuk penembusan.
- persenyawaan telur yang dikesan melalui pemeriksaan mikroskop daripada bentuk sperma dilaporkan sebagai morfologi (bentuk, struktur, warna, corak) yang tidak normal.
- kegagalan jumlah pengeluaran sperma yang tidak normal.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesuburan lelaki:

Tabiat peribadi / Tingkah laku - Tabiat peribadi seperti pengambilan pemakanan yang tidak baik, kurang senaman, merokok, dadah dan alkohol boleh mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan dan mungkin kesuburan. Rujuk tentang masalah tabiat anda dengan doktor pakar.

Ubat-ubatan - Beberapa ubat-ubatan seperti untuk merawat ulser dan tekanan darah tinggi, boleh mempengaruhi jumlah sperma seorang lelaki dan nafsu seks. Bincangkan kesan semua preskripsi dan ubat- ubatan dengan doktor yang terlibat.

Ketidaksuburan Wanita.


Bagi seorang wanita, untuk hamil adalah kompleks  kerana banyak peringkat yang terlibat. Maka terdapat banyak kemungkinan punca kemandulan wanita, dan ia adalah satu masalah yang sangat rumit. Malah isu yang terlibat dengan ketidaksuburan wanita adalah lebih kompleks daripada kemandulan lelaki. Antara puncanya adalah:

Umur - dalam kemajuan sosio-ekonomi, ramai wanita yang lewat berkahwin dan melahirkan anak. Kebanyakkan wanita mengandung di umur 30-an dan awal 40-an. Kesedaran tentang kesan-kesan penuaan pada kesuburan bagi pesakit dan penjagaan kesihatan adalah penting untuk mencegah kemandulan berkaitan dengan usia. Ia akan mengelakkan pesakit daripada lewat mendapatkan rawatan sebaik sahaja mereka mencapai kumpulan umur kritikal. Ini adalah kerana kadar penurunan kesuburan menjadi lebih dramatik selepas umur 35.

Anovolasi (Anovulation) -  Ia juga dikenali sebagai  kegagalan untuk membebaskan telur yang matang dari ovari, masuk ke tiub fallopio dan bersedia untuk disenyawakan dan pelbagai lagi gejala. Sebahagian dari masalah tersebut boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan boleh juga dirawat dengan perubahan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi yang tidak boleh dirawat, ia mungkin boleh dibuat dengan bantuan penderma telur.

Sindrom Polycystic Ovari (PCOS) - Hampir separuh daripada semua kes faktor kemandulan wanita dikesan mengalami masalah PCOS. Kebiasaannya berlaku pada wanita yang umur reproduktif (umur 15-49 tahun). Ia berlaku akibat masalah sistem endokrin iaitu kegagalan sekumpulan kelenjar dan organ yang memproduksi dan mengatur hormon dalam aliran darah untuk mengawal fungsi tubuh. Akibatnya telur sukar matang atau menetas. Maka berlakulah masalah kitaran haid yang tidak teratur dan adakalanya mengeluarkan darah haid yang sedikit.
PCOS

Obesiti juga boleh mengakibatkan PCOS akibat pengeluaran hormon estrogen yang tinggi yang menggangu proses ovulasi. Badan wanita obes juga akan kurang bertindak balas kepada ubat kesuburan kerana lemak pada badan mengganggu penyerapan terhadap ubat. Jadi penting untuk wanita obes berusaha untuk menguruskan badan sehingga 60-65kg dengan amalan 'dieting', kurangkan makanan bergula dan mengandungi karbohaidrat. Jauhkan sama sekali mangamalkan pemakanan 'fast dan junk foods'. Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Antara rawatan perubatan terkini yang  dilakukan bagi masalah PCOS adalah seperti:
  • Perubatan mengurang-insulin ovulasi  (Clomiphene, Glucophage, Metformin)
  • Perubahan pemakanan (diet glycemicm/glukosa yang rendah ) 
  • Pembedahan (penggerudian ovari)
Tiub fallopio tersumbat - Ia berpunca daripada: 
  • Cacat semulajadi (halangan tiub kongenital)
  • Pengikatan atau keratan  sengaja (untuk mencegah kehamilan)
  • Kerosakan akibat kemalangan selepas pembedahan lain.
  • Endometriosis yang teruk ( kemunculan sel yang tumbuh di daerah-daerah luar rongga rahim)
  • Keradangan pada tiub fallopio (salpingitis).
  • Jangkitan kuman dari kemaluan, selepas gugur atau lepas lahir anak dan egunaan IUCD.
Tiub Fallopio tersumbat

Fibroid dan ketulan - Ia adalah ketulan tisu berkembang di myometrium iaitu dinding rahim sekitar endometrium. Semakin hampir mereka kepada endometrium, semakin besar kemungkinan untuk menyebabkan gejala-gejala seperti pendarahan, dysmenorrhea dan kemandulan.

Fibroids

Bagi suami isteri yang mempunyai masalah seperti di atas, bersabarlah dan kuatkan semangat. Teruskan usaha untuk menjadi seorang yang sihat. Apa yang berlaku datangnya dari Allah untuk menguji keimanan kita dan ia adalah kifarah dari dosa-dosa yang kita dilakukan. Banyakkan berdoa supaya keinginan untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan sambil berusaha mendapatkan rawatan (yang bukan syirik ok). 

Jadi,ayuh! Mula amalkan gaya hidup dan pemakanan yang berkhasiat untuk membantu badan menjadi lebih subur dengan khasiat-khasiat penting untuk kesuburan suami isteri. Dengan trend pemakanan harian pada masa kini, keseimbangan khasiat dan nutrisi dalam badan sukar untuk dipenuhi. Menurut kajian University of Surrey di United Kingdom, selain mengubah trend hidup dan mengamalkan diet sihat, 80% kadar kejayaan yang luar biasa berlaku pada pasangan apabila mengambil pemakanan tambahan (supplement). 

Oleh itu pasangan perlu mendapatkan supplement yang mempunyai khasiat utama untuk kesuburan badan bagi isteri dan suami seperti:
  • karbohidrat kompleks 
    • memberi lebih tenaga pada badan
    • menghasilkan glukosa yang teratur dalam darah
  • omega 3
    • melancarkan proses reproduktif
    • tingkatkan aliran darah
    • meningkatkan kualiti sperma
  • selenium
    • membantu mengekalkan prostat bagi lelaki
    • merendahkan kolestrol
  • vitamin B
    •  keseimbangan hormon serta membantu menguatkan sistem imunisasi 
  • zink dan zat besi (iron)
    • merangsang penghasilan sperma dan telur yang berkualiti
    • membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduktif
  • mineral & asid amino
    • membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduktif
    • mempertingkatkan fungsi ovari bagi wanita
  • asid folik
    • membantu mempertingkatkan penghasilan telur yang sihat bagi wanita
    • membantu menstabilkan kitaran haid 
    • sangat baik untuk membantu mengoptimakan penghasilan sperma berkualiti bagi lelaki
  • vitamin E
    • membantu menyempurnakan fungsi ovulasi serta penghasilan sperma lebih berkualiti
  • vitamin C
    • mempertingkatkan kualiti sperma
    • melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak
    • mengelakkan sperma daripada berkelompok dan menjadikan ia lebih bergerak

Jadi pilihlah supplement Shaklee yang ada menyediakan Set Kesuburan yang merangkumi setiap khasiat keperluan untuk suami dan isteri yang mahukan cahaya mata. Terdapat beberapa supplement Set Kesuburan yang boleh dimiliki mengikut keinginan, keperluan, dan kemampuan pasangan. 



1) SET KESUBURAN LENGKAP

Set Kesuburan Lengkap dari Shaklee sesuai untuk pasangan suami isteri yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menimang cahaya mata. Bagi mereka yang mementingkan tahap kesihatan yang terbaik dan mahukan tahap kesuburan yang tinggi, beberapa jenis supplement yang diperlukan seperti di bawah.

Set Kesuburan Lengkap

Supplement Lengkap Kesihatan & Kesuburan untuk  suami:
  • Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
  • B-Complex With Folic Acid (B Vitamins)
  • Vita-E Complex (Natural Vitamin E & Selenium with Grape Seed Extract)
  • Zinc Complex (Zinc with Calcium)
Supplement Lengkap Kesihatan & Kesuburan untuk isteri:
  • Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids)
  • ESP Soy Protein Isolate Powder 
  • GLA Complex (GLA, Vitamin E & Sunflower Seed Oil)
  • Alfalfa Complex (Nutrients & Chlorophyl)

2) SET KESUBURAN MEDIUM
Set Kesuburan Medium
Supplement Kesuburan Tenaga & Kesuburan untuk suami:
  • Vita-E Complex (Natural Vitamin E & Selenium with Grape Seed Extract)
  • Zinc Complex (Zinc with Calcium)
Supplement Kesuburan Tenaga & Kesuburan untuk isteri:
  • GLA Complex (GLA, Vitamin E & Sunflower Seed Oil)
  • Alfalfa Complex (Nutrients & Chlorophyl)

3) SET KESUBURAN BUDGET

Set Kesuburan Budget
Supplement Kesuburan untuk suami:
  • Zinc Complex (Zinc with Calcium)
Supplement Kesuburan untuk isteri:
  • GLA Complex (GLA, Vitamin E & Sunflower Seed Oil)

**  SUPPLEMENT KESUBURAN (OPTIONAL) untuk suami isteri:

Supplement Kesuburan (Optional)
Supplement Kesuburan (optionaluntuk suami dan isteri:
  • Omega Guard

Khasiat bagi setiap supplemets tersebut adalah:
  • Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
    • mengandungi spirulina dan menjadi multivitamin yang paling cepat larut di dalam air dan tubuh manusia
    • terdapat 28 vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan kualiti sistem reproduktif
    • mengandungi zat besi (iron)yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel
    • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan lebih bertenaga
    • membantu menguatkan sistem imunisasi
    • merangsang penghasilan sperma dan telur yang berkualiti
    • membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduktif
    • bagus diambil bersama dengan vitamin B dan C kerana zat besi memerlukan vitamin B atau C untuk lebih mudah diserap 
  • B-Complex With Folic Acid (B Vitamins)
    • melegakan tekanan 
    • mmebantu untuk penyaluran tenaga bagi proses metabolisme 
    • meningkatkan keseimbangan hormon 
    • membantu menguatkan sistem imunisasi
  • Vita-E Complex (Natural Vitamin E & Selenium with Grape Seed Extract)
    • menyokong kesihatan prostat
    • membantu menguatkan sistem imunisasi
    • meningkatkan fungsi ovulasi dan penghasilan sperma yang tinggi
    • merendahkan tahap kolestrol
  • Zinc Complex (Zinc with Calcium)
    • merangsang penghasilan sperma yang berkualiti
    • menambah kepekatan dan kekuatan sperma untuk berenang ke arah telur
    • memelihara kesihatan prostat
    • mengekalkan kesihatan seksual jangka panjang
    • meransang pembetukka hormon dan estoteron
  • Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids)
    • membantu menguatkan sistem imunisasi
    • sebagai antioksidan dan menyokong kesihatan imun, keutuhan sel dan pembuluh darah.
  • ESP Soy Protein Isolate Powder 
    • sumber protein biologi yang berasakan tumbuhan 
    • mengandungi karbohidrat untuk memberi lebih tenaga pada badan
    • kandungan yang rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino
    • membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduktif
    • mempertingkatkan fungsi ovari bagi wanita
    • mengekalkan fungsi enzim dan hormon yang teratur
    • mengekalkan paras index glycemicm (glukosa) yang rendah
    • membantu merendahkan berat badan
  • GLA Complex (GLA, Vitamin E & Sunflower Seed Oil)
    • Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6
    • menstabilkan hormon dan kitaran haid yang teratur untuk mengikatkan peratusan persenyawaan
    • melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    • memastikan cecair mukus dalam serviks mencukupi untuk membantu sperma hidup dalam  tiub fallopio sehingga 5 hari
    • menyingkirkan lemak dan kolestrol (sebab lemak yang banyak boleh mengakibatkan PCOS kerana pengeluaran hormon estrogen yang tinggi yang menggangu proses ovulasi. 
    • menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Alfalfa Complex (Nutrients & Chlorophyl)
    • bertindak seperti kacip fatimah
    • merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya
    • merendahkan tahap kolestrol
  • Omega Guard
    • melancarkan proses reproduktif dan aliran darah
    • meningkatkan kualiti sperma 
    • merendahkan tahap kolestrol
    • EPA berfungsi mencegah pembekuan lemak dalam darah
    • DHA membantu meningkatkan kerja saraf
Selepas mengamalkan gaya hidup sihat, dan pemakanan seimbang bersama Shaklee, apa lagi yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri ?

Amalan SEKS yang SIHAT.
Setelah tertumpu pada isu gaya hidup dan pemakanan yang sihat, jangan lupa bahawa elemen paling penting adalah amalam seks yang sihat. Untuk mendapatkan sperma yang terbaik dan berkualiti tinggi dalam kitaran ovilasi, seks perlu dilakukan sekali setiap 48jam. Bermakna elok dilakukan 2 hari sekali. Tidak setiap malam!! Cuma ingat, sperma seperti pemain bola - anda perlu memberikan mereka rehat, jika tidak, anda akhirnya perlu menggunakan pasukan simpanan dalam perlawanan.

ISI BORANG CUTI
Perkara yang juga sangat membantu wanita untuk hamil adalah BERCUTI!! Kenapa? Kerana mereka dapat berehat dan menenangkan fikiran. Stress adalah musuh kesuburan dan apa-apa yang me'relief'kan adalah digalakkan. Terapi alternatif seperti refleksologi, homeopati, akupunktur dan yoga boleh membantu mencapai keadaan emosi dan psikologi yang dikehendaki. Para suami pun boleh ambil cuti bawa isteri honeymoon untuk ke sekian kali... ;)

SABAR..SABAR..
Setelah pasangan suami isteri telah mengikuti amalan pemakanan yang sihat dengan pengambilan supplement, ia mengambil masa 3 bulan untuk perjalanan telur dari sekumpulan folikel menjadi telur yang 'terpilih' dan sihat untuk dilepaskan pada kitaran yang normal. Ia juga mengambil masa 3 bulan untuk suami menjana satu kelompok baru sperma. Dijangka kesannya boleh dilihat selepas 4 bulan menjalani gaya hidup sihat dan pemakanan yang baik.

Antara TESTIMONI pengguna yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee:

Testimoni Kesuburan 1

Testimoni Kesuburan 2
Testimoni Kesuburan 3

Supplement Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada ikhtiar. TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Berusaha dan berdoalah sebanyak yang mungkin, moga Allah mendengar permintaan kita. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Mengetahui.

Bagi yang beragama Islam, disertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-


Rujukkan saya:
[Reference 1]
[Reference 2]
[Reference 3]

Untuk mendapatkan Set Kesuburan dari Shaklee, jangan segan-segan untuk contact saya. Untuk bertukar-tukar pendapat tentang kesihatan dan perubatan juga dialu-alukan. Yang lemah datang dari diri saya sendiri...