"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, January 6, 2014

Dunia Usahawan 2014

AlhamdulilLah... sudah beberapa hari tak dapat jenguk blogspot. Macam banyak perkara je yang nak di share tapi better I share story yang fresh form oven lah! Semalam... for the first time, I attended Seminar Dunia Usahawan 2014 oleh Dr Azizan Osman (DAO) bertempat di Berjaya Times Square Hotel. Ini adalah seminar terakhir di KL. This time orang ramai boleh mendaftar secara PERCUMA jika datang 3 org. Datang seorang atau dua orang, caj RM50 setiap satu dikenakan. Mula jam 8pg hingga 1ptg.





Sampai je di sana... huh, manusia sikit punya ramai. Naik lif dari basement parking pun dah ramai orang. Naik 14th floor tempat seminar hall, keluar saja muka pintu lift, I dapat tengok muka sorang demi sorang dengan penuh ceria dan bersemangat mengisi registration form dan Q untuk register dan dapat FREE buku DAO bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan"

 I  salute dengan organizer Richworks, walaupun beribu orang hadir (refer to FB DOA 3k org hadir)..tapi semua under control. Paling I salute,pintu masuk dan kawasan tempat duduk peserta wanita dan lelaki diasingkan. Baguskan?? Masuk hall Alhamdulillah kami senang dapat seat walaupun dah row belakang. Ade juga yg lewat hadir masuk juga hall, ada yang berdiri sampai pintu keluar. Ada juga yang duduk tempat sempit celah2 seat tempat laluan. I faham mereka semua datang dengan semangat luar biasa, termasuklah diri I sendiri. :)

Suasana dalam hall sebelum seminar bermula
Masa opening, semua diminta berdiri... buat exercise! Maklumlah, event pagi so kena streching sikit. Crew atas pentas instruct peserta buat aerobik lagu Alex Ferrari - BarĂ  BerĂª ("Bala bala bele bele"). Gelek-gelek, pusing-pusing, lompat-lompat semua ade. Tergelak-gelak semua orang. Mana makcik-makcik yang attend pun bukan main lagi!!! Padanlah seat wanita dan lelaki diasingkan....bisik hati I masa tu. Tetiba ade seorang lelaki 'comel' join melompat atas stage. Semua menjerit mcm histeria!! I rasa macam pergi concert. Tapi tu lah 'aura'nya Dr Azizan Othman. Sebelum DAO start apa-apa ilmu yang nak disampaikan, dimohon semua membaca al-fatihah untuk RasululLah SAW, ibu bapa, family kita dan untuk semua umat Islam sama ada yang ada atau telah tiada. Dikesempatan ini juga mohon sesiapa yang membaca post ini, membaca surah Al-fatihah untuk tujuan yang sama.

AL-FATIHAH....

Ok dalam post ni I nak share mana yang boleh apa yang I dapat dari seminar semalam. Tapi i akan bagi beberapa key words sahaja. Mana yang I boleh elaborate kan, I cuba elaborate kan ikut kefahaman I.



BANGKIT iaitu Berniaga Akan Naik Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan.

Itulah yang ditekankan oleh DAO. Allah SWT telah beri kita petunjuk (dalam berniaga) tetapi kita sendiri tiada Ilmu.
Tanpa ilmu, apalah bezanya hidup kita bila ada pendapatan beribu-ribu? DAO mentioned 90% businessman adalah failed kerana tiada ilmu. Mereka tidak berjaya kerana:

  • tiada MENTOR
  • tiada ILMU
  • tiada KEYAKINAN yang jelas
:( 

Konsep Cuba, Nilai & Kongsi perlu diterapkan. Apa 'naiwaitu' kita? Apa niat kita dalam berniaga? Untuk berniaga perlu fokus untuk membantu orang. Bila berfkir berniaga untuk nak jadi kaya, kita akan mudah stress!! kemudian DOWN! DOWN! DOWN! DOWN!

Sebenarnya kita yang pilih gaji kita. Banyak mana ilmu kita, banyak itu gaji kita.
Seperti isu sekarang, semuanya NAIK, kenaikan gaji kita tidak selaju dengan kenaikan barang. Kita memang boleh terus menyalahkan dan mengharapkan sesuatu untuk berubah. Tapi kita memang tahu, 300 tahun nanti pun barang akan tetap akan naik dan terus naik. Itu kita tahu.
Jadi, DAO sarankan lebih baik semua mula BERKUMPUL dan BERNIAGA. :) Di dalam Al-Quran juga ada sebut 9/10 rezeki datang dari perniagan. 
Yes... Kita boleh terus membantah tentang kenaikkan yang berlaku, tapi dalam masa yang sama "Apa yang boleh kita buat"? Jawapannya, IMPROVE DIRI SENDIRI! Kalau kita bekerja, hari-hari hanya income yang sama. Kalau naik pun tak banyak mana...
Oleh itu, jadikan tekanan perasaan itu sebagai kekuatan. Masa depan tidak terletak di tangan orang lain. 

Untuk menjadi kaya, kita perlu perbanyakkan bersedekah. Kesilapan kita selama ini, kita hendak terima banyak, tetapi nak memberi tidak banyak. 3 prinsip kita perlu ada:
  1. Bersyukur setiap perkara yang ada pada kita.
  2. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Lagi banyak masalah, lagi banyak peluang!
  3. Untuk jadi millionare, dengar kata millionare.

Cerita pasal business.....

5 PROSES MESTI UNTUK BERJAYA. Ini adalah dari mentor DAO iaitu Peter Lau.
  1. M - Matlamat, Mentor
    • Tetapkan matlamat untuk menyelesaikan masalah orang lain. Jika berniaga untuk jadi jutawan, takkan jadi jutawan. "Man jadda, Wa Jadda", Siapa berusaha, dia yang dapat. 
    • Berniaga perlu support each other. Perlu ada silaturrahim dalam biz..
    • Perlu ada mentor untuk berniaga. Lihat konsep orang Chinese belajar kungfu. Meraka akan cari sifu.
  2. E - Elmu, Emosi
    • Perlu ada ilmu dalam berniaga. Ilmu dapat dari mentor.
    • Dalam berniaga, emosi adalah penting. Contohnya,pelanggan biasanya suka dipuji.
  3. S - Sistem, Strategi
    • Marketing penting dalam berniaga.  
    • Bagaimana cara kita boleh menyelesaikan masalah orang?
  4. T - Tindakan (yang luar biasa)
    • Buat wang yang banyak bukan untuk kaya, tetapi untuk contribute dan berzakat sebanyak-banyaknya.
    • Solat sunat fajar 2 rakaat lebih mahal. Kita boleh kaya berbanding dari benda yang kaya di seluruh kerajaan yang ada. Jadi lakukan sebelum solat subuh. Itu penting. Dan amalkan solat-solat sunat yang lain seperti dhuha, tahajud dan sebagainya.
    • Dari Aisyah r.h.a dari Nabi SAW ketika menerangkan keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum Solat Fajar (Subuh), sabdanya “Kedua rakaat itu lebih aku sukai daripada seluruh isi dunia”. (Riwayat Ahmad; Syuaib Al Arnaut : Sanad Sahih menurut syarat Sahihain [Bukhari & Muslim])
  5. I - Impian, Intention (niat)
    • Tanamkan impian dan niat kita berniaga untuk bantu family kita dan orang lain.
Orang yang berjaya akan melakukan kerja sampai habis. Orang gagal buat separuh jalan.
Perlu fokus dan ilmu. Tanpa ilmu, tidak boleh buat duit.

Perlu tahu teknik panggil gajah. Di mana kalau kita panggil gajah, gajah akan panggil gajah-gajah yang lain.
Maknanya, kena tahu sedut pelanggan. Oleh itu marketing sangat penting.

Berniaga 1 cerita lain..
Marketing 1 cerita lain...

DAO ada beri contoh, lawak gak..
"Kalau kita pandai buat karipap sedap, saiz besar, siap ada telur dalam karipap tu dan sampai pengsan orang makan, tapi tidak tahu nak market, LU MAKAN LAH KARIPAP TU SENDIRI!"

BASIC OF MARKETING POWER (Magic of marketing)


  1. P - Pakar, Problem, Penyelesaian
    • Untuk market business kita, nyatakan kepakaran kita seperti "Kepakaran saya adalah membantu orang untuk........". Ini kerana orang akan deal dengan orang yang expert. 
    • Dalam business, tidak boleh beri tahu orang apa business kita dengan serta-merta. 
    • Kesilapan terjadi bila orang bertanya, "Kau buat ape skang?". Kita jawab "Saya jual kek coklat". Sepatutnya kita beritahu macam ni.. "Kepakaran saya adalah untuk membolehkan orang ramai menikmati kek coklat yang sedap, enak dengan bahan yang berkualiti tinggi, bersih dan dijamin 100% halal". Jadi orang akan suka dan hendak beli kek kita.
    • Pastikan apakah masalah yang kamu solve?
    • Tidak akan wujud business kalau tiada masalah.
  2. O - Opportunity
    • Di mana ada masalah, di situ ada peluang.
  3. W - Wilayah 
    • Kita perlu tahu populasi tempat kita nak cover untuk berniaga. Berapa sekolah? pejabat? manusia? 
    • Ambil no telefon atau dapatkan email.
    • Perlu ada database sendiri.
  4. E - Emotion, Experience 
    • Jangan paksa seseorang untuk beli benda yang dia tidak suka, seperti menagih simpati. Kita perlu berniaga dengan bermaruah. 
  5. R - Result
    • Buat pelanggan terdesak untuk dapatkan produk kita. Eg: Paparkan testimoni orang yang telah guna produk kita. 


Jangan belajar buat business melalui buku. Perlu ada mentor.
Eg.: Tiger Woods handal main golf bukan melalui buku, tetapi sebab dia ada coach. Sama juga seperti Nicole David pemain squash kita. Dia juga ada coach.

Ok, ini sahaja yang I sempat catit dalam notebook.

Kemudian DAO panggil beberapa anak muridnya share their experience and achivement. Antaranya adalah contoh hebat a.k.a my mentor Master Firdaus!! DAO sebut nama Firdaus lagi means memang DAO kenal dan tahu achievement dia. Gambar di bawah ni, diambil dari whatsapp di send oleh ahli shaklee susur galur Master Maria & Firdaus. Group paling MAGIC I pernah jumpa!


Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua especially buat my husband baru sahaja membuka Pusat Tuisyen Area Ilmu di TTDI. Untuk business dunia dapurku Sweets to the Sweet. Dan juga untuk my Shaklee family, buat mama Affni, dan adik-beradik Shaklee. Kalau ada kelapangan dan peluang, memang I nak attend lagi seminar DAO. Moga kita semua kaya dan berjaya kerana Allah Taala. Ameen..





No comments: