"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, January 21, 2014

Budak mati waktu tidur akibat kahak

Suami Farah baru beritahu berita tentang kematian anak lelaki sahabatnya yang berumur 5 tahun semalam. Kematian yang disedari pada waktu pagi waktu ingin mengejutkan anaknya tidur. Doktor menjangka kematian disebabkan kahak yang terkumpul di tekak dan sukar menafas. Terfikir Farah, macam manalah ibu bapanya hadapi kenyataan... 

Tiba-tiba baby Aqil yang sedang nyeyak tidur terbatuk-batuk dengan kuat sampai Aqil terjaga dan menangis. Suspen aje.. Farah dan husband terus rasa lebih berjaga-jaga tengok keadaan anak-anak tidur. 

Muhasabah diri,
Kalau dah ajal, Allah SWT tak akan cepatkan atau lewatkan walaupun sesaat...

Sebelum tidur... jom doa tidur, beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut La IlahailalLah hingga terlelap.


**Mohon TIDAK sedekah Al-Fatihah kerana anak lelaki terbabit bukan Muslim.


No comments: